Thursday

MUZAFFAR SHAH BIN KHAIRUDDIN - CALON MAJLIS PIMPINAN PUSAT (MPP)



MUZAFFAR SHAH BIN KHAIRUDDIN

Berusia 42 tahun

Bekerja sebagai Executive HSBC Bank selama 23 tahun.

Isteri : Azleena Mohd Zauti
Anak : Nur Ameera
Muhammad Ameerul
Muhammad Amreeza
Muhammad Areez Iman

Pendidikan :

- Pengajian di UITM Arau Perlis (Diploma In Engineering) pada 1986.
- 2008 – Diploma in Banking
- Sekarang melanjutkan pelajaran sambil bekerja dengan Institute Of Leadership & Management, UK, di dalam Pengajian ‘Leaderhip & Management’ selama 3 tahun.

Politik :

- 1998 - Menyertai Reformasi 1998
- 1999 - Pengasas dalam penubuhan Keadilan Bahagian Teluk Intan
- 1999 – 2010 - Ketua Angkatan Muda Cabang Teluk Intan
- 2005 - 2007 - Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak
- 2007 - 2010 - Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
- 2007 – 2009 - Pengarah Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan Perak
- 2010 - Ahli Jawatankuasa Biro Pilihanraya Negeri Perak
- 2010 - Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak (Pengerusi Biro)

Bertugas di Pilihanraya Kecil :

DUN Lunas (November 2000), DUN Indera Kayangan (Januari 2002), DUN Ijok (April 2007), Parlimen Permatang Pauh (Ogos 2008), Parlimen K.Terengganu (Januari 2009) Hulu Selangor (April 2010).

November 1999 - Pengarah Pilihanraya Keadilan bagi DUN Changkat Jong
Mac 2004 - Pengarah Pilihanraya Keadilan bagi Parlimen Teluk Intan
Mac 2008 - Bertugas dan Membantu dalam Pilihanraya Umum di Parlimen Lumut, Parlimen Pasir Salak, Parlimen Bagan Datoh dan DUN Hutan Melintang
April 2009 - Pengarah AMK Malaysia bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang
Mei 2009 - Pengarah AMK Perak di Pilihanraya Kecil DUN Penanti
Mei 2010 - Petugas Undi Pos Pakatan Rakyat Pilihanraya Kecil Sibu
April2011 - Trainer Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Keadilan di Miri & Bintulu, bagi Pilihanraya Negeri Sarawak.

Penglibatan Aktiviti KEADILAN :

Konvensyen :

Peserta Kursus Pemuda Keadilan di Janda Baik, Pahang (1999), Konvensyen Parti Keadilan Nasional di Kuala Lumpur (2003), Konvensyen Parti Keadilan Rakyat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Bangi (2009), Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam (2009), Retreat AMK Malaysia di Shah Alam (2009), Konvensyen Pilihanraya Negeri Perak di Ipoh (2010)

Kursus :

2000 - Setiausaha Kursus Pilihanraya Pemuda Keadilan Negeri Perak di Trong, Perak
2008 - Pengarah Retreat Angkatan Muda Keadilan Perak di Taiping, Perak
2010 - Peserta Kursus Kepimpinan Akademi Keadilan M’sia (ArK) di Pulau Pangkor
2010 - Peserta Kursus Kepimpinan Majlis Pimpinan Ng Perak di Bukit Kinding, Perak
2010 - Peserta Sekolah Politik anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) di Morib, S'gor
2010 - Peserta Retreat AMK Malaysia di Bentong, Pahang
2010 - Pengarah Retreat AMK Perak di Kg Jahang Chalet, Kampar, Perak

“ Berjuang Demi Rakyat "

Tuesday

RETREAT AMK PERAK



Sebagai Pengarah Retreat AMK Perak, di Kg Jahang selama 2hari 1malam

Sunday

JAMUAN RAI KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT DI SIBU


Bersama Tuan Guru Nik Aziz & Lim Kit Siang

Petugas Undi Pos PR dari Keadilan, PAS & DAP

Kejayaan Pakatan Rakyat di muka hadapan Borneo Post

RETREAT AMK, DUSUN ECO RESORT, BENTONG


Membentangkan Resolusi Rancangan Strategik AMK

AMK dari seluruh Malaysia... Sabah dan Sarawak pun ada...

BERSAMA PEMIKIR POLITIK TANAHAIR


Bersama Prof.Dr Abu Hassan

Bersama Dr Abdul Rahim Ghouse

Monday

SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DI TAIPING




Majlis Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim di Taiping dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Gayung Warisan Serantau telah diadakan pada 6 Disember 2009.

PERHIMPUNAN KELUARGA


dengan 'Yob' Jamal Abdillah... semasa Perhimpunan Keluarga ADEN PATEN dari Malaysia & Indonesia yang diadakan di Sabak Bernam, Selangor.

Dengan sepupu aku, Juliana Evans.

Tuesday

KONGRES NASIONAL AMK


Bersama EXCO AMK di Kongres Angkatan Muda KEADILAN di Perdana Beach Resort, Kelantan.

Saturday

PILIHANRAYA SIBU


Sebelum berlepas ke Sarawak, bersama Tan Sri Khalid Ibrahim serta Ketua AMK, Sdr.Shamsul.


Sambutan kepada Pakatan Rakyat oleh Masyarakat Iban di Rumah Panjang.


Mengadakan Sidang Media bersama petugas-petugas Pakatan Rakyat bagi membantah penipuan Peti Undi POS di PRK Sibu.

Mengawal Peti Undi Pos PRK Sibu, setelah berhempas pulas "melawan" SPR yang terang-terangan seperti mewakili UMNO.

Wednesday

PILIHANRAYA HULU SELANGOR


PRK Hulu Selangor...Dato' T.Murugiah, "Presiden PPP"...... Salah seorang MENTERI BN yang akan mengikuti Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Chua Jui Meng menyertai KEADILAN.

Bersama adik Tan Ah Seng semasa kempen pilihanraya di Hulu Selangor.

Saturday

KEBANGKITAN RAKYAT

Pengedaran dan Penyerahan VCD ' Kebangkitan Reformasi 1998 - Anwar Trial ' kepada Ketua Ranting Kg Sg Samak, Sdr Kasdi.


Pemuda-pemuda UMNO keluar parti, diketuai oleh EXCO Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan meyerahkan 20 Borang Keahlian KEADILAN kepada Timbalan Ketua Cabang Teluk Intan, Sdr Mohamad Bin Hashim

Wednesday

SUMBANGAN KEPADA RAKYAT MISKIN DI SG SAMAK, HUTAN MELINTANG.

KEADILAN untuk semua


Sumbangan beg sekolah kepada 35 orang anak-anak Kampung Sungai Samak.